Di Sebalik Tabir

>> 09 Februari 2011

kali ni tulisan berbentuk santai dan bahasa pasar. tak penah lagi rasanya guna bahasa pasar dalam menulis ni sebab memegang "semangat cintakan bahasa". tak kisah la saifulislam nak "marah" lagi ke guna bahasa pasar ni. eden tak peduli. hari ni memang mood otak eden ni xbetul. macam nak menjerit pun ada. kata hati "sabar"...:-) lama betul tak update laman ni. dah berkulat di beberapa bahagian gamaknya. adik kat malaysia asyik tanya je nape lama tak update blog. otak beku ke di musim sejuk. memang tepat jawapan. otak jam. tak boleh nak berfungsi. 

Cuti fasal baru ni memang macam-macam plan nak buat. pegi mesir cadangnya. dah akid(melayu panggil apa ye. tak terkeluar. terjhemah sendiri la ye) dengan kawan-kawan kat mesir. yang kat mansurah, syoubro, semua dah gtau. bajet? ada la sikit. memang target nak pi ziarah semua la makam-makan nabi, sabahat2 nabi, semua la yang rasa best. lagi2 member kata kat mesir syurga makanan. murah katanya.

ni cite lawak kot. penah dengar member mesir kata kat seorang kawan "aku nak bawak hg makan makanan paling mahal di abad ini kat mesir" bape? 50junaih. dengan selamba dia jawab. member sorang ni dah mula nak keras perut gelak. ingtkan mahal sangat. baru RM/JD.... kira sendiri la ye. tengok currency . sebab tu diorang kata budak2 jordan kalau pegi mesir jadi kaya. budak2 mesir lak kalau mai jordan jadi miskin. mungkin sebab dah biasa dengan barang mahal kat jordan. kalau nak makan nasi xkurang la RM10 ke atas. tu kira paling murah la tu. xde dah yang paling murah dari tu.

plan nak pegi mesir tergendala sebab visa jordan tak siap. boleh je kalau nak pegi tapi nanti nak masuk jordan kena bayar RM100. dah naik. kalau sebelum ni RM50 boleh lagi nak bayar. ni dah naik malas la nak bazir bayar RM100. banyak tu.

keri kata xpa la xdak rezki lagi kita nak sampai sana. ada hikmanya tu. katanya memujuk hati. apa hikmahnya. kita tunggu. bukan pa sian jgak member2 mesir dok tanya banyak kali dah. diorg pun dah plan macam2 untuk kami. siap tentatif harian lagi hari ni ke mana esok kemana dan sebagainya. tup2 dengar mesir dah tak aman. ada demontrasi besar2an menuntut mangkuk hayun Husni Mubarok turun. mau taknya rakyat xmarah. zalim sangat. peluang keje xde dan macam2 lagi la. patut la ramai rakyat mesir mai keje kat jordan ni. 

kata member rumah yang pegi mesir, "ana sempat jalan seminggu je time aman, pastu dah xbleh kuar umah dah. perintah berkurung. dok je la dalam umah. makanan terhad dan sebagai. kalau x ntah apa la dah jadi kat eden kan. alhamdulillah...

hari ni hari keempat pegi jameah bermula hari ahad hari tu. hari ni bertambah semangat nak pegi kelas sebab Dr dah janji time hari isnin hari tu. dia kata "nape korang 8orang je datang? yang daftar dengan aku 60org lebih. kurang2 50org lebih yang hadir bleh la kita wat kelas. xpe nanti gtau semua kawan2 hari rabu ni ada kelas". sampai kelas tadi memang semua budak melayu semangat nak belajar. hampir penuh kelas. arab ada la 2orang. entah yang lain malas ke atau memang 2org arab tu je yang daftar untuk sem ni. 

setengah jam dah berlalu. Dr xsampai2 gak. last2 pakguard mai. apsal korg datang kelas? minggu ni xde kelas. semua xde kelas. dah2 pegi balik tido lagi sedap. fuh mencabar minda betul. xpe2 hati kata (sabar2). dah boring dah ni. pegi tengok bilik Dr untuk subjek lepas ni. semua bilik gelap. kesimpulannya semua Dr xde. erm nak pegi mana ni? sorang2 lak tu. pegi jmpa asmahan(pendaftar subjek kuliah syariah). saje jumpa nak akid sebab pe xbleh nak daftar subjek BI 99. hari tu syidi(exco akademik) gtau sebab eden dah lulus. bukan xpercaya kat dia cuma nak akid lagi sekali. pegi tanya sendiri. 

"nape saya daftar BI 99 xbleh? betul ke saya dah lulus?"
aa lulus. arab 99 dengan komputer pun lulus. semua lulus. nape kamu ambik lagi skali arab 99 sem lepas? 
fuh geram betul. mana la saya tau masa ujian mula2 hari tu dia tulis xlulus. rugi duit eden RM180 ambik arab 99 sem lepas. lepas dah tu untuk beli 1gram mas jenis 999. hehe. masa lagi rugi. sian orang malaysia nak kena tunggu lama.. maaf ye.

balik rumah muka masam. "awat mad muka masam ni" keri tanya. time tu dah mula nak tergelak kat diri sendiri. betul jugak. baik senyum kan. awet muda orang kata. bazir masa je masam2 kan. 

minggu ni memang nak kuar jugak dari mutah nak lepas geram untuk semua masalah.

PENGAJARAN

  1. kalau eden pegi mesir hari tu, ntah apa la yang jadi kan. mungkin dah kena hantar balik malaysia. tangguh sem. lagi lambat habis. lagi lama orang malaysia kena tunggu. ALHAMDULILLAH sebab xjadi pegi mesir. 
  2. kita hanya merancang tetapi DIA adalah sebaik2 perangcang. mungkin yang kita nak tu bukan yang terbaik untuk kita. al-baqarah: 216 
  3. tak salah nak janji. tapi akhir kalam sebut insyaallah. al-Kahfi: 23-24
  4. jangan gelakkan tempat orang sebab orang akan gelakkan tempat kita semula.
  5. kalau dah waktu kelas, kita sebagai pelajar kena la pegi. Dr nak masuk ke x tu urusan dia. yang penting tanggungjawab kita sebagai pelajar kena tunaikan. kena rajin. jangan suka2 je nak ponteng. pantang dan xsuka betul tengok org yang saje2 xnak pegi kelas tanpa sebab.
  6. jangan mudah percaya cakap orang. bertanyalah pada mereka yang berautoriti insyaalah xde la bazir lagi RM180...:"(
  7. kena latih diri sentiasa dalam keadaan senyum. senyum kan sedekah. tapi jangan senyum sorang2 dah. kang xpasal kena hantar tanjung rambutan. ada sorang budak mutah orang panggil dia "A..... senyum" jangan marah ye. ambik semangat untuk terus senyum
  8. last sekali korang tambah la pengajaran sendiri ye
*sabar ye orang malaysia. saya nak balik xlama dah. insyaallah cuba habiskan secepat mungkin sekadar termampu. sape orang malaysia? mak ayah saya la dan semua yang menunggu kepulangan saya... TAMAT

Read more...

Baqo'

>> 15 Januari 2011

Baqo' merupakan salah satu sifat 20 yang wajib diketahui dengan tafsili(terperinci). Baqo' ertinya kekal, sentiasa ada, tiada akhir, maka hakikatnya ibarat daripada menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Taala. Adapun yang lain daripada tuhan ada juga yang kekal tiada binasa selamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang sebenar) bahkan kekal عرضي (yang mendatang) jua seperti syurga, neraka, luh, 'arasy, قلم ,kursi dan roh. Maka perkara yang tersebut ini dikatakan kekal kerana mendatang tatkala berta'aluq pada kudrat iradat Allah Taala pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya binasa melainkan عجب الذنب (tulang kecil seperti biji sawi duduknya ditonggeng manusia itulah benih anak Adam ketika dibangkit daripada kubur kelak), jisim sekalian nabi-nabi, dan jisim orang yang mati perang sabilillah maka ketiga-tiga ini kekal juga tetapi kekalnya yang mendatang.


Diringkaskan, perkara yang ada permulaan tetapi tiada kesudahan (kekal yang mendatang) ialah :
1. Syurga
2. Neraka
3. luh
4. 'arasy
5. قلم
6. Kursi
7. roh
8. عجب الذنب
9. jisim sekalian nabi-nabi  
10. jisim orang yang mati perang sabilillah

Read more...

MALAMKU

>> 21 Disember 2010

Malamku

Akan kuguna sebaiknya
Akan kumanfaat semaksima mungkin
Akan kunilai dengan keimanan

Malamku
Kutahu kini  jiwamu kesunyian
Tiada manusia yang ingin menemanimu
Tiada hamba yang sudi bersahabat denganmu
Tiada nafas yang terhembus di sebalik kesejukanmu

Malamku
Hidupmu kini bagai layang-layang yang terputus talinya
Terus terbang membawa diri
Membawa diri mencari tuan
Tuan yang tidak sudi mengkhadamkanmu

Malamku
Biarpun waktu ini kau keseorangan
Namun aku tetap berusaha menemanimu
Biarpun sahabat-sahabatku membencimu
Aku tetap bersamamu


Malamku
Kusedar disuatu masa dulu
Para sahabat pernah menjejak kakinya disini
Meraka menabur bakti kerana islam
Mengorban segala jiwa raga keranya
Mencari redo ilahi

Malamku
Kucuba menghidupkan suasana malam
Suasana yang dininginkan tuhan
Suasana yang menjamin syurga padanya
Suasana yang dirindui para auliyak

Malamku
Ketika manusia sedang nyenyak tidur
Aku menguatkan diriku menemanimu
Dalam kesejukan yang tidak mampu kubertahan
Namun kerana keazaman yang kuat
Dengan azamku yang baru
Aku berusaha melawannya
Maka kuatkan lah aku

Malamku
Di kala abu bakar mengalirkan air mata
Di kala umar membasahi pipinya
Di kala osman basah bajunya
Di kala ali merah matanya
Mereka masih lagi dibuai mimpi indah
Mereka masih dalam nyenyakan tidur
Mereka masih lagi tidak hidup
Apakah masalah mereka???

* sajak yang dibuat sehari sebelum pertandingan FESKIE dalam keadaan idea tidak sampai. memang sedih sangat. macam tak dapat nombor je. nasib la siapa suruh tidak buat persiapan awal-awal...

Read more...

Skill Berdoa

>> 16 Disember 2010

Seandainya seorang murid sentiasa mengharapkan syafaat dari seorang guru untuk memperolehi markah tinggi, seorang pekerja bergantung kepada bosnya untuk naik pangkat, seorang kakitangan kerajaan bergantung pada pemantau maka kita sebagai hamba tidak boleh terlepas dari bergantung kepada allah dalam urusan harian sama ada duniawi mahupun ukhrawi. Kadang-kadang terasa seperti kecewa memohon terlalu lama namun tidak dimakbulkan. Kita tidak perlu untuk tergopoh dalam sesetengah keadaan. Ada perkara kita perlu bergerak pantas seperti menentang musuh dan ada perkara yang kita perlu meletakkan seinfiniti kesabaran dalam menanti kehadirannya. Pasti dan pasti ia akan termakbul. Sama ada cepat atau lambat itu bukanlah urusan kita. 

Kita tidak perlu melatah di siang hari. Tidak usah tergopoh untuk memohon kemenangan dengan cepat seperti yang diminta oleh Khabbab bin al Arat kepada nabi untuk mencapai kemenangan menentang kafir ketika itu. Itu pun setelah tubuhnya disiksa dan disiat dengan besi panas. Sehingga seperti itu pun nabi masih menasihatinya agar tidak tergopoh-gapah dalam menuntut kemenangan. Juga seperti nabi Yunus yang hidup di dalam perut ikan nun. Juga kisah dakwahnya nabi Nuh memakan seumur hidupnya dalam berdakwah namun hanya sebilangan kecil yang menyahut seruannya. Bagaimana dengan kita? Sudah berapa banyak pengorbanan kita? Sudah berapa tahun kita menanti? Sungguh malu jika hendak dibandingkan dengan mereka yang terdahulu.

Dalam berdoa kadang-kadang sesetengah kita lupa akan cara memohon dengan yang MAHA ESA. Jika kita memohon wang dari ayahbonda mempunyai skill yang tertentu, dimulakan dengan "mengayat" terlebih dahulu, inikan pula dengan KHALIQ semestinya mempunyai skill yang tertentu. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips ataupun skill yang perlu kita praktikkan.

1. Memohon Di Waktu Yang Mulia
Dalam islam kita mempunyai hari-hari yang mulia disisinya. Antaranya hari arafah dalam setahun, ramadhan dalam bulan, hari jumaat dalam seminggu dan waktu sahur (2/3 malam) dalam sehari.
sabda nabi dari Abu Hurairah : allah turun setiap 1/3 akhir malam setiap hari ke langit dunia. allah berkata"siapa yang menyeruku aku akan jawab, sesiapa yang meminta kepadaku akan aku perkenankan permintaannya dan sesiapa yang memohon ampun akan aku ampunkannya" muttafaqun 'alaih

2. Keadaan Yang Mulia
Berkata Abu Hurairah: "pintu langit dibuka ketika menuju ke jalan allah, ketika turunnya hujan dan ketika mendirikan solat fardu"
sabda nabi s.a.w "Doa ketika antara azan dan iqamah tidak akan ditolak" H.R Abu Daud
"doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak" H.R Tirmizi
"waktu paling hampir hamba dengan tuhannya ialah ketika sujud, maka perbanyakkan berdoa" H.R Muslim
  
3. Mengadap Kiblat


4. Tidak Terlalu Meninggikan Suara Dan Tidak Terlalu Rendah


5. Tidak Bermain-main / Bersajak Dalam Berdoa
Dengan makna memohon dengan sepenuh rintihan ketika berdoa.

6. Merayu, Khusyuk, Harap

7. Meyakini Bahawa Doa Akan Dimakbulkan 
Kerana dari Abu Hurairah meriwayatkan nabi melarang berdoa "ya allah ampunilah aku jika kamu mahu, rahmatilah aku jika kamu mahu...."


8. Mengulangi Doa 3 Kali
"Apabila nabi berdoa, baginda berdoa 3kali". H.R Muslim

9. Membuka Dan Menutup Doa Dengan Selawat Atas Nabi
Kata Sualaiman Darani rahimahullah: "sesiapa yang ingin memohon kepada allah, maka mulakanlah dengan berselawat atas Nabi s.a.w, kemudian mohonlah hajatnya, kemudian menutupnya dengan selawat. sesungguhnya Allah menerima dua selawat dan Allah memuliakan doa diantara kedua selawat tersebut.

10. Taubat
Ini merupakan perkara dalaman dan merupakan sebab utama untuk menjadikan doa kita dimakbulkan allah. Jangan segan untuk bertaubat kepada allah. Jika Nabi s.a.w yang ma'sum dan sudah dijamin syurga pun memohon ampun 70 kali dalam sehari, inikan kita hambanya yang sentiasa dalam kemaksiatan kepada penciptanya.


"mohonlah kepadaNYA. DIA Maha Kaya atas segala sesuatu"
"mintalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenakan kepadamu" mafhum ayat

Read more...

Tidak Ku Pinta Mahar Yang Tinggi

>> 08 Disember 2010

Sayup-sayup kedengaran di luar sana. Kalau mahasiswa di Malaysia sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang sibuk bercuti dengan sahabat-sahabat, ada yang menziarahi sanak saudara, tidak kurang ada yang berprogram bersama kawan-kawan. Bercuti serata dunia. Bagi yang ada kesedaran, ada yang mengikuti program "short sem" di pondok-pondok bertiangkan kayu jati bagi memperkukuhkan ilmu agama. Tidak rasa rugi dengan sedikit bayaran yang di kenakan. Sememangnya pondok-pondok di Malaysia sekarang sudah banyak upgrade dari segi sistemnya. Mereka mengetahui mahasiswa-mahasiswa perlukan mereka di kala cuti semester berlangsung. Manakala bagi pelajar timur tengah mungkin sebahagiannya masih dalam peperangan exam yang belum selesai. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Di hujung tahun sebegini sememangnya para bujang senang mahupun bujang belum terlajak mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang paling bahagia mungkin dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan. Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti. 

Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari kebahgiaan tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang. 

Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan. 

"anak mak cik limah tu SPM je, RM10k"
"anak pak seman pulak RM1k je, murah kan. xpatut betul ustaz tu"
"anak saya kawin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun"
Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan, 

"anak aku la paling "mahal" setakat ni dalam kampung kita".

Dengan penuh bongkak dan takabur berbicara. Tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan. Masyarakat yang menjadikan Islam itu semakin sukar untuk di amalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.

"mak tak payah la letak mahal2 sangat, dia bukan keje tetap lagi" kata Lina
"hang gila ka apa. aku bagi hang belajaq sampai MA, hang nak bagi kat dia RM2k ja. baik cari orang lain kalau macam tu" balas Mak Andak pada Lina.

Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan terderhaka.Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwianan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.

Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya. Kerana sememangnya nilai seorang wanita itu tidak dapat di nilai dengan wang ringgit kerana Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat di beli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama sehingga akhir hayat.

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ianya diterima sebagai mahar. Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ianya mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, semestinya ianya akan menyukarkan pihak lelaki. 

Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda. Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahgian dalam sesebuah keluarga. Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik. 

Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.

"aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. goreng ikan pun xmasak, lipat baju pun xpndai., masak kari masin dan bla bla bla...."

Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku. Kita lupa akan pesan nabi s.a.w yang mana nabi menyebut, 

"pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya"
"sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya"
"sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah"
"berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi"

Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain. Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi mahal mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali. 

Saya masih ada seorang kakak yang belum berkahwin dan insyaallah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan insyaallah.Sempat saya berpesan kepada mak sebelum kakak bertunang.

"kak nanti, mak jangan letak mahal-mahal. ikut pihak lelaki la nak bagi berapa. kita bukan nak jual anak. kalau mahal-mahal pun menyusahkan pihak lelaki je. lagi masalah"

Pelbagai alasan dan sebab serta hikmah tentang perkahwinan sempat diceritakan. Saya sudah melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Selebihnya terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya. 

Semoga hubungan kakak saya dengan bakal suaminya berkekalan selamanya dan mendapat reda dari ILAHI AMIN...



Read more...

Kudambakan Cinta Ilahi

>> 17 November 2010


Sejak akhir-akhir ini hati Hanif agak tidak tenteram. Dia bingung dengan hubungannya. Dia bimbang seandainya hubungannya dengan bakal isterinya tidak mendapat reda ilahi. Dia bimbang seandainya hubungan itu tidak dirahmati bermakna mereka sentiasa dalam murka Allah. Namun dia seperti tidak punya kekuatan untuk melawan nafsu yang sentiasa menodai jiwanya. 

Ya memang benar tidak lama lagi mereka akan berkahwin. Namun dalam tempoh pertunangan mereka sentiasa ada perhubungan. Tempoh pertunangan yang sememangnya digunakan untuk saling mengenali serba sedikit tentang budi pekerti pasangan masing-masing. Hanif tidak menafikan soal itu. Namun siapa tahu hati hamba yang lemah itu sentiasa dinodai godaan syaitan laknatullah.

Sesekali dia merasakan hubungannya dengan bakal isterinya agak terpesong dari landasan yang ditetapkan. Kadang-kadang terlebih bicara dari yang tidak sepatutnya. Setiap kali membaca kisah-kisah cinta selepas kahwin di blog-blog sahabat dan laman-laman lain, air matanya mengalir. Mengalir kerana tidak mampu membimbing bakal isterinya mengikut percintaan dalam islam. Dia cemburu membaca cerita-cerita couple selepas kahwin. Penuh dengan rahmat Allah. Dinaungi rahmat dan kasih Ilahi. Sememangnya cinta seperti itu yang diidamkannya selama ini.

Dia berusaha dan cuba untuk lakukan yang terbaik untuk bakal rumah tangganya. Sememangnya zuriat yang bakal lahir sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan sikap seorang insan yang bergelar ayah dan ibu. Dia bimbang dengan hubungan yang seperti ini, dia tidak mampu lahirkan jundi-jundi islam dek kerana dosa dan maksiat yang dia lakukan sama ada sedar atau tidak.

Sesekali mereka saling memperingati antara satu sama lain agar menjaga hubungan sebaik mungkin sebelum menjadi suami isteri yang sah. Namun iblis laknatullah tidak pernah jemu menggoda. Terkadang mereka terlalai. Terleka dengan godaan syaitan. Walaupun tidak sebebas seperti muda mudi diluar sana, dia tetap tidak senang dengan hubungan seperti itu. Baginya tetap bertepatan dengan cinta yang Islam tetapkan.

Dia tidak mahu berbual dengan tunangnya. Kerana dia tahu suara wanita itu punya "kekuatan" tersendiri. Dia khuatir tidak mampu melawan "kekuatan" tersebut. Dia lebih senang perhubungan mereka hanya melalui e-mail, ym dan sebagainya perhubungan yang tidak memerlukan percakapan seandainya ingin berbincang tentang perkahwinan dan sebagainya. 

Suatu hari dia tidak dapat melawan hawa nafsunya. Dia mengambil keputusan untuk membuat panggilan kepada tunangnya. Dia tewas. Dia malu kerana tidak terdaya melawan hawa nafsunya. Iblis bergelak tawa. Hasutannya berjaya. Kini Hanif sudah tergoda dengan hasutannya. 

Kini Hanif sentiasa risau. Fikirannya berbelah bahagi memikirkan rasa hatinya, hati tunangnya, hukum allah yang ada batasnya. Tidak mahu ada yang terasa hati. Dia yakin begitu juga perasaan tunangnya berbelah bahagi. Hendak ditolak bimbang hanif akan terasa hati, kecewa dan sebagainya. Sedangkan dia tahu tunangnya bukanlah seperti itu. Setiap hari dia menghitung hari pernikahannya. Dia tidak sanggup lagi berhubung dalam keadaan tidak dibenarkan oleh islam. Dia tidak mahu hubungannya tidak mendapat keberkatan dari Ilahi. Dia tidak mahu anak-anaknya nanti tidak bergelar jundi-jundi Islam kerana dosanya. 

Namun jauh di sudut hati Hanif, dia inginkan perhubungan yang ada batasnya. Dia ingin memjadi petunjuk kepada isterinya kejalan yang diredaiNYA. Dia tidak mahu permaisurinya ternoda dan jauh dariNYA kerananya. Dia ingin mereka sama-sama mencapai reda Ilahi. 

Tunangku,
Ku ingin kau tahu bahawasanya aku menyintaimu sepenuh jiwaku,
Namun aku khuatir cintaku kepadamu melebihi cintaku kepadaNYA,
Aku bimbang dengan perhubungan yang berlebihan,
Aku ingin hubungan yang suci dan dibawah rahmatNYA.

Tunangku, 
Aku tidak punya iman setebal Nabi Yususf untuk melawan nafsuku ini,
Imanku tidak seteguh Nabi Ibrahim untuk mengorbankan cintaku keranaNYA,
Kata-kataku tidak sehebat Nabi Sulaiman untuk didengari oleh semua makhluk,
Tingkah lakuku tidak sehebat Nabi Muahammad untuk diikuti setiap insan.

Tunangku,
Oleh yang demikian aku mengharapkan bantuanmu, 
Bantulah aku mencapai reda ilahi,
Bimbinglah aku menjadi hamba yang taat padaNYA,
Pimpinlah aku menjadi insan yang membawamu kearah cintaNYA.

Tunangku,
Aku dambakan kebahgian yang hakiki,
Ku impikan cinta yang sejati,
Ku idamkan hubungan yang dirahmatiNYA.

Tunangku,
Aku memohon kemaafan diatas kelalaiannyaku,
Aku malu kerana menjauhkanmu dariNYA,
Aku tidak mahu kerana aku sifat wanita solehahmu tergadai,
Aku tidak sanggup melihat dirimu ternoda dengan pujuk rayuku,
Aku menyesali atas segala kesalahanku,
Ku mengharapkan kau menerima segala kekurangan yang ada pada diriku.

Maafkan diri ini wahai puteriku...

# Doakan semoga Hanif dan pasangannya berjaya melalu liku-liku hidup yang penuh dengan godaan.
# Bercintalah kamu semahunya, namun jangan dilupai cintamu kepadaNYA.




Read more...

Hati Wanita

>> 09 November 2010

Hati wanita,
Hatinya begitu lembut,
Namun agak sukar untuk disentuh,
Bila sudah disentuh jangan sesekali melukainya.

Hati wanita,
Bila sudah ditawan dia bagai layang-layang yang memerlukan tali,
Semakin kuat tali semakin kuat kebahgiannya,
Ketenangan hatinya akan kekal selagi mana tali itu tidak dikasari oleh orang lain.

Hati wanita,
Lembutnya bagaikan kapas dan embunan salji diTurkey,
Sekali digapai dia akan tetap dalam genggaman,
Apabila dilepaskan ia akan cair dan mengalir ke tanah,
Namun dia tetap akan mengingati siapa yang menggenggamnya pada awal penurunannya.

Hati wanita,
Kelembutannya itu tersirat pada batinnya,
Luarannya terkadang seperti kerasnya batu di Bukit Fraser,
Bila tiba waktu kekerasannya menonjol, biarkan lah dia untuk seketika,
Kerana kelebutannya akan terserlah selepas matahari senja terbenam.

Hati wanita,
Cemburumu membuktikan kasih sayangmu tidak terperi,
Kasih sayang terpancar dengan segala ragam kemarahanmu,
Cemburumu itu kadang-kadang tidak difahami oleh mereka yang bergelar lelaki,
Namun jauh di sudut hati mereka, sangat menyayangimu.

Hati wanita,
Ku mohon kemaafan pada hati yang telah terluka,
Bukan niatku untuk melakukannya,
Namun terkadang aku terleka dengan ujian dunia,
Menjadikan aku alpa pada PENCIPTA.
Hati wanita,
Biarpun hatimu itu telah terluka,
Kesalahanku tidak mendapat kemaafan,
Kau biarkan diri ini menanggung derita,
Hidup dalam rasa bersalah menjadikan diriku tidak keruan,
Namun percayalah tidak pernah terlintas untuk menyakitinya.

Hati wanita,
Bila disentuh ia akan bergoncang,
Berkoncang seperti mana gempa bumi di Medan,
Jangan dikotori kesuciannya,
Lupakan kisah lama,
Semailah ia dengan roh KEIMANAN,
agar segala luka dan lara dapat diubati sebaiknya.

"MAAFKKAN DIRI INI WAHAI TEMAN"

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP