Kudambakan Cinta Ilahi

>> 17 November 2010


Sejak akhir-akhir ini hati Hanif agak tidak tenteram. Dia bingung dengan hubungannya. Dia bimbang seandainya hubungannya dengan bakal isterinya tidak mendapat reda ilahi. Dia bimbang seandainya hubungan itu tidak dirahmati bermakna mereka sentiasa dalam murka Allah. Namun dia seperti tidak punya kekuatan untuk melawan nafsu yang sentiasa menodai jiwanya. 

Ya memang benar tidak lama lagi mereka akan berkahwin. Namun dalam tempoh pertunangan mereka sentiasa ada perhubungan. Tempoh pertunangan yang sememangnya digunakan untuk saling mengenali serba sedikit tentang budi pekerti pasangan masing-masing. Hanif tidak menafikan soal itu. Namun siapa tahu hati hamba yang lemah itu sentiasa dinodai godaan syaitan laknatullah.

Sesekali dia merasakan hubungannya dengan bakal isterinya agak terpesong dari landasan yang ditetapkan. Kadang-kadang terlebih bicara dari yang tidak sepatutnya. Setiap kali membaca kisah-kisah cinta selepas kahwin di blog-blog sahabat dan laman-laman lain, air matanya mengalir. Mengalir kerana tidak mampu membimbing bakal isterinya mengikut percintaan dalam islam. Dia cemburu membaca cerita-cerita couple selepas kahwin. Penuh dengan rahmat Allah. Dinaungi rahmat dan kasih Ilahi. Sememangnya cinta seperti itu yang diidamkannya selama ini.

Dia berusaha dan cuba untuk lakukan yang terbaik untuk bakal rumah tangganya. Sememangnya zuriat yang bakal lahir sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan sikap seorang insan yang bergelar ayah dan ibu. Dia bimbang dengan hubungan yang seperti ini, dia tidak mampu lahirkan jundi-jundi islam dek kerana dosa dan maksiat yang dia lakukan sama ada sedar atau tidak.

Sesekali mereka saling memperingati antara satu sama lain agar menjaga hubungan sebaik mungkin sebelum menjadi suami isteri yang sah. Namun iblis laknatullah tidak pernah jemu menggoda. Terkadang mereka terlalai. Terleka dengan godaan syaitan. Walaupun tidak sebebas seperti muda mudi diluar sana, dia tetap tidak senang dengan hubungan seperti itu. Baginya tetap bertepatan dengan cinta yang Islam tetapkan.

Dia tidak mahu berbual dengan tunangnya. Kerana dia tahu suara wanita itu punya "kekuatan" tersendiri. Dia khuatir tidak mampu melawan "kekuatan" tersebut. Dia lebih senang perhubungan mereka hanya melalui e-mail, ym dan sebagainya perhubungan yang tidak memerlukan percakapan seandainya ingin berbincang tentang perkahwinan dan sebagainya. 

Suatu hari dia tidak dapat melawan hawa nafsunya. Dia mengambil keputusan untuk membuat panggilan kepada tunangnya. Dia tewas. Dia malu kerana tidak terdaya melawan hawa nafsunya. Iblis bergelak tawa. Hasutannya berjaya. Kini Hanif sudah tergoda dengan hasutannya. 

Kini Hanif sentiasa risau. Fikirannya berbelah bahagi memikirkan rasa hatinya, hati tunangnya, hukum allah yang ada batasnya. Tidak mahu ada yang terasa hati. Dia yakin begitu juga perasaan tunangnya berbelah bahagi. Hendak ditolak bimbang hanif akan terasa hati, kecewa dan sebagainya. Sedangkan dia tahu tunangnya bukanlah seperti itu. Setiap hari dia menghitung hari pernikahannya. Dia tidak sanggup lagi berhubung dalam keadaan tidak dibenarkan oleh islam. Dia tidak mahu hubungannya tidak mendapat keberkatan dari Ilahi. Dia tidak mahu anak-anaknya nanti tidak bergelar jundi-jundi Islam kerana dosanya. 

Namun jauh di sudut hati Hanif, dia inginkan perhubungan yang ada batasnya. Dia ingin memjadi petunjuk kepada isterinya kejalan yang diredaiNYA. Dia tidak mahu permaisurinya ternoda dan jauh dariNYA kerananya. Dia ingin mereka sama-sama mencapai reda Ilahi. 

Tunangku,
Ku ingin kau tahu bahawasanya aku menyintaimu sepenuh jiwaku,
Namun aku khuatir cintaku kepadamu melebihi cintaku kepadaNYA,
Aku bimbang dengan perhubungan yang berlebihan,
Aku ingin hubungan yang suci dan dibawah rahmatNYA.

Tunangku, 
Aku tidak punya iman setebal Nabi Yususf untuk melawan nafsuku ini,
Imanku tidak seteguh Nabi Ibrahim untuk mengorbankan cintaku keranaNYA,
Kata-kataku tidak sehebat Nabi Sulaiman untuk didengari oleh semua makhluk,
Tingkah lakuku tidak sehebat Nabi Muahammad untuk diikuti setiap insan.

Tunangku,
Oleh yang demikian aku mengharapkan bantuanmu, 
Bantulah aku mencapai reda ilahi,
Bimbinglah aku menjadi hamba yang taat padaNYA,
Pimpinlah aku menjadi insan yang membawamu kearah cintaNYA.

Tunangku,
Aku dambakan kebahgian yang hakiki,
Ku impikan cinta yang sejati,
Ku idamkan hubungan yang dirahmatiNYA.

Tunangku,
Aku memohon kemaafan diatas kelalaiannyaku,
Aku malu kerana menjauhkanmu dariNYA,
Aku tidak mahu kerana aku sifat wanita solehahmu tergadai,
Aku tidak sanggup melihat dirimu ternoda dengan pujuk rayuku,
Aku menyesali atas segala kesalahanku,
Ku mengharapkan kau menerima segala kekurangan yang ada pada diriku.

Maafkan diri ini wahai puteriku...

# Doakan semoga Hanif dan pasangannya berjaya melalu liku-liku hidup yang penuh dengan godaan.
# Bercintalah kamu semahunya, namun jangan dilupai cintamu kepadaNYA.




7 comments:

hasanhusaini November 22, 2010 2:46 PG  

Saya kenal Hanif. Saya sayang Hanif. Dan saya mendoakan Hanif menjadi suami yang paling baik untuk bakal isterinya. Dan saya tahu, Hanif memanya baik.

sayangibu November 22, 2010 9:44 PG  

kenal ke? bagus la kalau kenal kena la bagi spport sepenuhnya pada dia ye. dia perlukan kekuatan...

Nur Hidayah November 27, 2010 12:36 PG  

Moga Hanif dapat menjaga hubungan pertunangan sebaiknya berlandaskan syara'...teruskan mujahadah..jgn biarkan syaitan ketawa melihatmu tewas... bercinta setelah lafaz sakinah...

p/s: nnti us mad gtau Hanif ek..

sayangibu November 27, 2010 5:07 PG  

insyaallah akan disampaikan...:-)

Tanpa Nama,  Disember 10, 2010 9:25 PTG  

Jika mahu mendptkan yg soleh, kurangkn agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkn yg solehah, janganlah cerewet menCARI yg solehah, tetapi berusahalah menJADI yg soleh. Bertemu yg solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yg soleh,solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian drpd proses utk MENJADI, bkn MENCARI :)

sayangibu Disember 11, 2010 5:01 PG  

jazakillah atas nasihat. insyaallah. sama2 berusaha kearah kebaikan...

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP