Setelah lama merancang, memikirkan suatu yang terbaik untuk dilaksanakan bagi mencapai matlamat. Akhirnya ianya Berjaya dilaksanakan. Sambutan Fesfivel Of Islamic Scholars Conference (FISCO) (entah betul ke tidak dari segi uslub nahu B, Inggeris) semalam membuatkan aku terfikir seketika. Program terbesar Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu’tah (PERMATA) yang diserapkan di bawah Biro Akademik yang dirancang akan berlangsung selama 5hari. Bermula pada semalam, 20 Disember akan tamat pada 24 Disember iaitu pada hari Khamis ini. Sambutan yang diberikan oleh warga Mu’tah boleh dikatakan agak memberansangkan.
Dengan tema yang disyurakan oleh ahli jawatankuasa pelaksana pada tahun ini bertemakan “Kesedaran Ilmuan Pemangkin Kegemilangan Tamadun” sedikit sebanyak sudah mampu memberi gambaran awal tentang objektif yang ingin dicapai. Hari pertama yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden PERMATA dan seterusnya ditutup dengan tayangan filem bertajuk “Sang Murabbi” dan diskusi selepas tamat tayangan. Mungkin ramai yang pernah menonton filem tersebut dan tak ketinggalan ada juga yang menonton berulang kali bagi mencari dan membongkar sebanyak mungkin mutiara-mutiara yang terdapat dalam filem tersebut.
Namun seramai mana dikalangan penonton yang mampu mengambil istifadah dan ‘ibrah yang terdapat dalam filem tersebut. Jika ada yang mampu untuk mengeluarkan segala mutiara tersebut bagaimana pula dengan pelaksanaanya. Sama-sama kita fikirkan untuk kemaslahatan bersama.
Kemabali kepada apa yang aku fikirkan selepas tamatnya hari pertama semalam. “Sang Murabbi” yang mengisahkan perjalanan dakwah seorang da’I yang benama Rahmat Abdullah. Dilahirkan pada 1953 dan meninggalkan alam fana ini buat selama-lamanya pada tahun 2005. Walaupun ianya sudah lama ditayangkan, apa yang nak dinyatakan disini, banyak mahliagai yang boleh dikorek oleh para da’I hari ini melalui filem tersebut.
Antanya kesimpulan yang boleh dibuat ialah kita boleh lihat bagaimana cara beliau menyebarkan dakwah kepada masyarakat, sikapnya yang selalu menolong orang miskin. Dakwah beliau kepada masyarakat juga tidak melupakannya daripada berdakwah kepada ahli keluarga sendiri. Terima atau tidak itu kita serahkan kepadaNYA. Yang penting dakwah perlu diteruskan.
Beliau juga menggambarkan bagaimana sifat seorang pejuang Islam yang seharusnya kita contohi yang mana bertepatan dengan hadis nabi yang berbunyi:
المسلم كالبنيان. يشد بعضهم بعض
”orang muslim itu bagaikan satu binaan. Yang mana setiap mereka saling menguatkan antara satu sama lain”
Ini dizahirkan pada babak yang mana mendapat berita bahawa adanya pertumpahan darah yang berlaku di suatu tempat.
Ini boleh dipecahkan lagi kepada sifat seorang isteri solehah yang memahami Islam itu sendiri yang mana membenarkan suaminya untuk pergi berjuang. Kita tidak mahu melahirkan mujahidah-mijahidah pada hari ini yang hanya bersemangat mengalahkan kaum Adam ketika di medan kampus. Tetapi kita mahu naluri mujahidah yang dibentuk itu berkekalan selamanya.
Seterusnya kita lihat pula bagaimana sikapnya yang amat menitikberatkan soal masa. Ini dapat dilihat ketika ianya tertidur dalam jangka masa yang agak lama membuatkan mad’unya terpaksa menunggu lama diluar rumah. Ini juga sifat yang perlu ada pada diri seorang da’I seperti mana dinyatakan oleh Imam Hassan Al-Banna:
الواجبات أكثر من الأوقات
“perkara yang wajib dilaksanakan lebih banyak daripada masa yang kita ada”
Ini soal masa yang sering diabaikan oleh para pejuang Islam. Antara lain, beliau menegaskan semangat perjuangan perlu hidup dalam jiwa para pemuda dalam membela agama Islam. Selain itu kewajipan mengendalikan nafsu amat perlu diambil perhatian sebagaimana katanya “selain kandangin ayam ini, kandangin juga nafsumu”.
Beliau juga menegaskan bahawa ramai dikalangan kita yang mampu bertahan jika diuji dengan ujian-ujian yang berat, namun kita kalah dengan ujian-ujian yang boleh dikatakan remeh. Inilah realiti yang berlaku keatas diri kita pada hari ini. Berbeza pula dengan mereka-mereka yang sentiasa berada dalam zon selesa. Sentiasa mencari salah orang lain. Firman Allah dalam Surah ‘Ankabut ayat 1-3 perlu dihayati selalu agar menjadi motivasi buat diri kita.
الم. أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا أمنّا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
“Alif, Laam, Miim.Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.
Banyak lagi mutiara yang tidak tercatat disini. Banyak lagi sebenarnya boleh dikongsi. Namun cukuplah sekadar ini perkongsian buat sahabat-sahabat pada kali ini. Seinfiniti kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana menemukanku dengan file mini buat kali ke-2. Mungkin sebelum ini aku menikmatinya tanpa mengambil faedah atau tidak memikirkan apa yang tersirat dan yang perlu diambil perhatian. Sememangnya ianya menyedarkan aku tentang pentinya berdakwah. Seruan kepada sahabat-sahabat yang belum menontonnya, cubalah untuk mendapatkannya.
Yang terakhirya diri ini menyeru seluruh warga Mu’tah untuk sama-sama memeriahkan lagi FISCO pada kali ini. Mudah-mudahan objektif serta tema yang dipilih pada kali ini akan tercapai dengan kehendak serta keizinanNYA InsyAllah. Semoga titisan keringat yang dikorbankan oleh para urusetia dinilai disisi yang Maha Agung.
“Majukan Diri Untuk Islam”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan