RINDUKU PADAMU BERKOBAR-KOBAR
>> 15 Oktober 2009
Dah lama sangat rasanya aku “dihalang” untuk melayari internet. Semuanya gara-gara “Dar al-Muttaqin” , rumah baru kami belum dipasang Internet. Nak pasang macam mana, akad ijar(akad sewa) rumah belum buat. Katanya tuan rumah dalam bulan ni. Sebab anaknya berada di Amman. 3jam perjalanan untuk ke mu’tah.
Genap sebulan seminggu aku di bumi syam. Sudah 3minggu kuliah bermula. Namun kadang-kadang aku kesedihan. Sedih dengan kelemahan yang ada. Apa yang Dr sampaikan, tak dapat difahami dengan baik. Kalau Dr yang cakap arab fushah (arab baku), boleh tahan lagi.
Tapi ada Dr yang cakap arab ammi (arab kampung), membuatkan kepala aku pening. Pening untuk memahami. Pening untuk segalanya. Apa pun semua itu perlu diatasi secepat yang mungkin. Usaha dan terus berusaha itulah jalan yang terbaik.
Sesekali teringat kisah lalu. Bersama sahabat-sahabat ijazah DQ-USIM. Lecturer cakap arab fushah. Jadi tak la sukar sangat untuk memahami dan cuba memahami apa yang disampaikan. Kadang-kadang terasa teramat rindu untuk kesana semula.
Malamnya discuss dengan sahabat-sahabat tentang pelajaran yang lalu dan yang akan belajar esoknya. Namun setelah memohon petunjuk dariNYA, pendapat yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah untuk aku kesini, aku pasti dengan keputusan yang dibuat. Pasti dan pasti, terselit hikmah yang besar disebaliknya.
Amat menyeronokkan semasa di sana dahulu. Walaupun otak boleh dikatakan terlalu penat. Mahu taknya, 22jam kredit. Sehari 2subjek. Tapi yang jadi penatnya sebab satu subjek tu 3 atau 4jam tanpa henti. Semuanya disebabkan “lecturer import”.
SEDIHNYA…
Dikhabarkan ustaz Yusri Mazlan, lecturer yang mengajar subjek Sirah Nabawiah dah berhenti mengajar. Berhenti kerana menyambung pengajian ke peringkat Ph.D. Seorang ustaz yang cukup aku kagumi. Subjek arab yang paling best bagi aku berbanding bahasa arab dan dakwah.
Namun yang lebih menyedihkan ada segelintir sahabat-sahabat yang gembira dengan pemergiannya. Gembira kerana homework akan kurang selepas ni. Memang tak dinafikan memang agak berat. Hari ni lecture, esok tutorial. Setiap minggu macam tu. Lagi letih kena cari isi dari buku rujukan lain. Time bentang memang kena bersedia dengan soalan-soalan yang diluar jangkaan.
Dengan erti kata lain tak nak guna buku yang digunakan dalam kelas. Penat memang penat. Tapi terasa manis bila direnung dan difikirkan. Namun aku hanya seketika bersama mereka. Mungkin mereka sudah tidak tertahan membuatkan mereka berkata begitu. “maafkan aku teman kerana meninggalkan kalian”.
Mu’tah University VS Ijazah DQ-USIM
Bila direnung-renung, difikir-fikir, ditilik dan dibuat kesimpulan, tiada banyak perbezaan antara belajar di luar dan dalam negara. Mungkin yang ketara hanyalah berada dalam kelompok arab. Selain itu adalah beberapa perbezaan yang lain. Tahun ini juga merupakan tahun yang paling ramai kemasukan pelajar baru.
Kalau sebelum-sebelum ni difahamkan setiap batch yang daftar masuk tidak melebihi 50orang termasuk syabab dan akhawat. Tahun ni, bila dicampur kedua-dua jantina melebihi satu kali ganda iaitu 128orang. Jadinya biah arab yang diidamkan tidak kesampaian.
Tak la sampai tak rasa biah arab tu. Masih dapat berkomunikasi dengan kaum arab. Kadang-kadang rasa kelakar pun ada. Ye la nak cakap main hentam je. Kadang-kadang buat isyarat je bila tak jumpa perkataan yang nak diperkatakan. Lawak memang lawak.
Boleh dikatakan seolah-olah belajar di Malaysia dengan menjemput lecturer arab. Sebabnya dalam kelas majority 2/3 pelajar melayu. Kadang-kadang rasa macam kelakar. Yela seolah-olah pelajar melayu menguasai kelas. Namun ada segelintir pelajar arab yang kurang senang dengan kaum melayu. Entah kenapa. Tapi seperti yang dikhabarkan. Hanya segelintir. Bukan semua.
Antaranya time kuliah DR Mustofa. DR yang agak suka dan ihtiram dengan pelajar melayu. Mungkin itu yang menyebabkan mereka tak puas hati. Bagi mereka, mereka lah kaum yang terbaik.
Kaum arab. Quran turun dalam bahasa arab. Bahasa syurga bahasa arab. Nabi berketurunan arab. Itu antara hujah-hujah mereka. Namun mungkin mereka terlupa dengan kalam ALLah dalam surah hujurat ayat 13 yang berbunyi:
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).surah hujurat:13
LEBIHNYA MU’TAH
Di Jordan terkenal dengan kurangnya air. Air hanya akan naik ke dalam tangki semingu sekali. Sama ada petang Khamis, atau pun petang Jumaat. Air yang kebiasaan untuk setiap rumah hanya 2m3.
Bila hari Khamis je, sahabat-sahabat Syria biasanya akan menghantar mesej perli. “korang berpesta air la hari ni ye/air dah naik, cepat basuh baju, rumah, mandi dan sebagainya”. Pelbagai ayat yang digunakan. Mungkin itu cara untuk mengeratkan lagi hubungan kami walaupun dah berjauhan.
Memang itulah hakikatnya, kebiasaannya kami akan basuh baju, mandi dan segalanya pada hari air naik. Iaitu seminggu sekali sama ada khamis,jumaat atau sabtu. Kalau dulu bila dengar sahabat-sahabat Jordan cerita, rasa macam kelakar, geli, tak percaya dan sebagainya. Namun kini dah merasainya sendiri.
Namun ianya tidah seperi di Malaysia. Tak mandi sehari pun dah bau hapak, badan rasa melekik, rimas dan pelbagai rasa yang tak menyenangkan. Di sini seminggu pun masih tidah berbau. Hahaha… Mesti korang tak percaya kan. Takpe jemput datang. Kita rasa sama-sama...
Namun apa yang nak DIGARISKAN disini, aku mula belajar erti syukur yang sebenar. Air yang kandungannya hanya 2m3 perlu dijimat untuk menampung 6orang selama seminggu. Masak, mandi, tandas, semuanya air tu. Nak tak nak betul-betul kena belajar erti syukur yang sebenar.
Ambik wudu’ secara berjimat, buang air, masak, semuanya secara berjimat. Alahamdulillah aku kini mengerti erti syukur yang sebenar. Alahamdulilllah setakat ini bait al-muttaqqin belum pernah kehabisan air untuk seminggu berbanding dengan rumah sahabat-sahabat lain.
Entah macam mana diorang menguruskan air, malas nak komen. Padahal bilangan ahli rumah dan kandungan air sama banyak. Yang peliknya, kadang-kadang hari selasa pun dah habis. “Jangan la membazir sangat. Pandai-pandai la berjimat”.
Bila ditegur lain pulak jadinya. “aku pun bayar sewa jugak”. Itu pulak yang keluar. Ni yang diceritakan oleh sahabat yang serumah dengan orang yang agak dewasa.
Ye la bila dah rasa diri tu hebat, apa orang tegur semua sukar untuk diterima. So malas dah la nak tegur. Payah jugak kalau tak nak faham pun. Ye la bak kata orang “rambut sama hitam, hati lain-lain”. Memang la bukan semua orang sama.
SAHABAT DQ-USIM
Aku kini betul-betul merindui kalian. Setelah genap 3minggu belajar aku belum dapat memahami apa yang Dr sampaikan. Kalau dulu kita sama-sama bincang. Cari makna dan sebagainya. Sama-sama membantu untuk manfaat dan kefahaman bersama. Tapi sekarang aku dahagakan semua itu.
Aku dapat merasakan korang dah maju sekarang dalam bertutur bahasa arab. Jadi, doakan aku juga begitu. Aku juga dimaklumkan korang dah dibenarkan untuk memebawa kenderaan sekarang. TAHNIAH diucapkan untuk kalian terutamanya tuan Presiden. Haha. Cumanya apa yang nak diingatkan gunakanlah peluang yang diberikan itu sebaik mungkin.
Jangan mengkufuri nikmat yang diberikan. Fiman allah:
وإذ تأذن ربكم لئن شكرتم لأزيدنكم ولإن كفرتم إن عذابي لشديد
š‘’
7. Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Itulah amaran Allah yang diperlu kita selalu ingat. Ialah manusia apabiala dalam kesenangan, kadang-kadang kita sering terleka. Apa-apa pun tahniah buat korang semua dan doakan kejaan bersama…
3 comments:
huhu ade yg hepi bila ustaz berhenti mengajar? adui~~ amat merugikan.
eh jumpa ummu plak kat sini hahaha. rindu ustad yusry weh!!!! bahawasanya ustad yusry mazlan adalah ustad yang paling selalu bagi syair dan cerita pada kami.
hahaha apsal aku cter kat sini. balik klsentral cepat.
salam...smoga anta dan teman2 sihat di sna...salam ukuwah...smoga ilmu2 dri sana smoga dpt di kogsikan...
Catat Ulasan