Menyelami Khazanah Hadis Nabawi S.A.W

>> 29 Disember 2009


Kadang-kadang terfikir sejenak, kenapa mahasiswa-mahasiswa kini sukar untuk memahami tentang keadaan sesuatu hadis. Ini ditujukan khas bagi mereka-mereka yang belajar ilmu hadis sama ada secara teori mahupun praktikal. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menceburkan diri dalam takhasus Usuluddin.

Jadi apa nak buat? Di sini ada berita gembira buat sahabat-sahabat yang berada di Mu'tah. Insyaallah Biro Akademik PERMATA akan mengadakan program yang saya kira amat-amat membantu sahabat-sahabat dalam memahami kedudukan-kedudukan sesuatu hadis.

Dalam sesebuah hadis, setiap perkara akan dinilai sama ada dari segi rawi, dan sebagainya. Jika syarat-syarat tidak mencukupi bagi sesebuah hadis seperti rawinya tidak thiqah maka secara tidak langsung hadis itu akan tertolak.

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama menggegarkan program tersebut yang diberi nama:

"Menyelami Khazanah Hadis Nabawi S.A.W"
Tarikh : 2 Januari 2010
Tempat : Pusat Khidmat Mahasiswa Mu'tah (PUSKMA)

Antara perincian yang terdapat dalam program ini ialah:

1. Pembentangan Kertas Kerja (Ulum Hadith)
*pembentagan secara umum serta penekanan kepada istilah-istilah

2. Pembentangan Kertas Kerja (Ilmu Takhrij Hadith)
*memperkenalkan nama-nama kitab hadith dan manhaj penulisan
*menerangkan jenis-jenis pembahagian kitab hadith
* membentangkan cara-cara merujuk kitab hadith

3. Pembentangan Kertas Kerja (Hadith Dan Fiqh)
*memperkenalkan hubungan hadith dan fiqh
*menerangkan kedudukan hadith sebagai sumber hukum
* hadith dan kesan perbezaan pendapat ulama dalam sesuatu isu

4. LDK
*kemahiran mentakhrij hadith dari sumber asal
*kemahiran menilai setiap rawi hadith

Program yang cukup ringkas tetapi insyaallah mempunyai 1001 kemampuan untuk membantu sahabat-sahabat dalam memahami hadith.

Sesiapa yang berminat boleh lah mendaftarkan diri kepada ajk-ajk yang terlibat. bagi sebelah syabab kepada akhi Hasyim (0776925034)dan bagi akhawat kepada ukhti Hanis (0776366095).

Pembentang juga dijemput khas daripada DR2 yang hebat dalam bidang hadith. Insyaallah sesiapa yang menyertai tidak akan timbul walaupun sedikit penyesalan.

Sama-sama lah kita ambil peluang keemasan ini agar ianya mampu menyuntik semangat baru kepada semua mahasiswa untuk terus mengkaji sesuatu hadith. Mudah-mudahan tidak timbul lagi kecelaruan-kecelaruan yang terbuku di fikiran sebelum ini. Semoga Allah melimpahkan rahmatNYA buat setiap hambanya yang berusaha mencari keredaan di DUNIA dan AKHIRAT.


"JOM GEMPUR!!!"







Read more...

Mencari Spirit Yang Hilang

>> 20 Disember 2009



Setelah lama merancang, memikirkan suatu yang terbaik untuk dilaksanakan bagi mencapai matlamat. Akhirnya ianya Berjaya dilaksanakan. Sambutan Fesfivel Of Islamic Scholars Conference (FISCO) (entah betul ke tidak dari segi uslub nahu B, Inggeris) semalam membuatkan aku terfikir seketika. Program terbesar Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu’tah (PERMATA) yang diserapkan di bawah Biro Akademik yang dirancang akan berlangsung selama 5hari. Bermula pada semalam, 20 Disember akan tamat pada 24 Disember iaitu pada hari Khamis ini. Sambutan yang diberikan oleh warga Mu’tah boleh dikatakan agak memberansangkan.

Dengan tema yang disyurakan oleh ahli jawatankuasa pelaksana pada tahun ini bertemakan “Kesedaran Ilmuan Pemangkin Kegemilangan Tamadun” sedikit sebanyak sudah mampu memberi gambaran awal tentang objektif yang ingin dicapai. Hari pertama yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden PERMATA dan seterusnya ditutup dengan tayangan filem bertajuk “Sang Murabbi” dan diskusi selepas tamat tayangan. Mungkin ramai yang pernah menonton filem tersebut dan tak ketinggalan ada juga yang menonton berulang kali bagi mencari dan membongkar sebanyak mungkin mutiara-mutiara yang terdapat dalam filem tersebut.

Namun seramai mana dikalangan penonton yang mampu mengambil istifadah dan ‘ibrah yang terdapat dalam filem tersebut. Jika ada yang mampu untuk mengeluarkan segala mutiara tersebut bagaimana pula dengan pelaksanaanya. Sama-sama kita fikirkan untuk kemaslahatan bersama.

Kemabali kepada apa yang aku fikirkan selepas tamatnya hari pertama semalam. “Sang Murabbi” yang mengisahkan perjalanan dakwah seorang da’I yang benama Rahmat Abdullah. Dilahirkan pada 1953 dan meninggalkan alam fana ini buat selama-lamanya pada tahun 2005. Walaupun ianya sudah lama ditayangkan, apa yang nak dinyatakan disini, banyak mahliagai yang boleh dikorek oleh para da’I hari ini melalui filem tersebut.

Antanya kesimpulan yang boleh dibuat ialah kita boleh lihat bagaimana cara beliau menyebarkan dakwah kepada masyarakat, sikapnya yang selalu menolong orang miskin. Dakwah beliau kepada masyarakat juga tidak melupakannya daripada berdakwah kepada ahli keluarga sendiri. Terima atau tidak itu kita serahkan kepadaNYA. Yang penting dakwah perlu diteruskan.

Beliau juga menggambarkan bagaimana sifat seorang pejuang Islam yang seharusnya kita contohi yang mana bertepatan dengan hadis nabi yang berbunyi:
المسلم كالبنيان. يشد بعضهم بعض
”orang muslim itu bagaikan satu binaan. Yang mana setiap mereka saling menguatkan antara satu sama lain”
Ini dizahirkan pada babak yang mana mendapat berita bahawa adanya pertumpahan darah yang berlaku di suatu tempat.

Ini boleh dipecahkan lagi kepada sifat seorang isteri solehah yang memahami Islam itu sendiri yang mana membenarkan suaminya untuk pergi berjuang. Kita tidak mahu melahirkan mujahidah-mijahidah pada hari ini yang hanya bersemangat mengalahkan kaum Adam ketika di medan kampus. Tetapi kita mahu naluri mujahidah yang dibentuk itu berkekalan selamanya.

Seterusnya kita lihat pula bagaimana sikapnya yang amat menitikberatkan soal masa. Ini dapat dilihat ketika ianya tertidur dalam jangka masa yang agak lama membuatkan mad’unya terpaksa menunggu lama diluar rumah. Ini juga sifat yang perlu ada pada diri seorang da’I seperti mana dinyatakan oleh Imam Hassan Al-Banna:
الواجبات أكثر من الأوقات
“perkara yang wajib dilaksanakan lebih banyak daripada masa yang kita ada”

Ini soal masa yang sering diabaikan oleh para pejuang Islam. Antara lain, beliau menegaskan semangat perjuangan perlu hidup dalam jiwa para pemuda dalam membela agama Islam. Selain itu kewajipan mengendalikan nafsu amat perlu diambil perhatian sebagaimana katanya “selain kandangin ayam ini, kandangin juga nafsumu”.

Beliau juga menegaskan bahawa ramai dikalangan kita yang mampu bertahan jika diuji dengan ujian-ujian yang berat, namun kita kalah dengan ujian-ujian yang boleh dikatakan remeh. Inilah realiti yang berlaku keatas diri kita pada hari ini. Berbeza pula dengan mereka-mereka yang sentiasa berada dalam zon selesa. Sentiasa mencari salah orang lain. Firman Allah dalam Surah ‘Ankabut ayat 1-3 perlu dihayati selalu agar menjadi motivasi buat diri kita.

الم. أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا أمنّا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين


“Alif, Laam, Miim.Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.

Banyak lagi mutiara yang tidak tercatat disini. Banyak lagi sebenarnya boleh dikongsi. Namun cukuplah sekadar ini perkongsian buat sahabat-sahabat pada kali ini. Seinfiniti kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana menemukanku dengan file mini buat kali ke-2. Mungkin sebelum ini aku menikmatinya tanpa mengambil faedah atau tidak memikirkan apa yang tersirat dan yang perlu diambil perhatian. Sememangnya ianya menyedarkan aku tentang pentinya berdakwah. Seruan kepada sahabat-sahabat yang belum menontonnya, cubalah untuk mendapatkannya.

Yang terakhirya diri ini menyeru seluruh warga Mu’tah untuk sama-sama memeriahkan lagi FISCO pada kali ini. Mudah-mudahan objektif serta tema yang dipilih pada kali ini akan tercapai dengan kehendak serta keizinanNYA InsyAllah. Semoga titisan keringat yang dikorbankan oleh para urusetia dinilai disisi yang Maha Agung.
“Majukan Diri Untuk Islam”



Read more...

Salam Ma'al Hijrah 1431 Buat Umat Islam

>> 16 Disember 2009

Doa akhir tahun. dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun

doa-akhir-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun

doa-awal-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Read more...

Selamat Berjuang Buat Semua Warga Jordan

>> 14 Disember 2009

Pejam celik, pejam celik dah masuk fatrah imtihan thani. Macam baru je lepas imtihan awal hari tu.

Jadi untuk semua mahasiswa/wi Jordan selamat menjalani imtihan dengan penuh ketaqwaan. Tuntutlah ilmu untuk ilmu, bukan untuk imtihan semata-mata dari kami ahli dar al-muttaqin.




Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP