Tidak Kujangka

>> 24 Julai 2009

sempat aku perhatikan schedule yang tertampal di softboard dalam bilikku yang comel... pagi sabtu memang free. jadi inilah peluang untuk kami mencuri masa untuk menyiapkan segala assigment yang dah banyak tertangguh.

zuhairi, azrul dak nik shamri dah pun siap untuk ke library.

"tak pe korang pegi dulu. japgi ana follow" ujarku pada sahabat2

tak nak bagi masa diorang terbazir semata2 kerana menungguku. aku cuba bersiap dengan seberapa cepat untuk ke maktabah.

selepas jam menunjukkan 11.30 pagi kami bersepakat untuk pergi makan kecuali zuhairi tetap meneruskan kerjanya.

hajat hati nak ke KKB untuk bank in duit konvokesyen nanti sebanyak RM150.

"ust, hajat nak pinjam motor jap nak ke KKB. nak bank in duit. tu pun kalau boleh la kalau tak boleh tak pe la saje je tanya:"(

mesej dihantar kepada ust fazlah. sengaja buat ayat sedih walaupun sudah diketahui jawannya. hehehe

tak pernah lagi sebelum ni dia tak bagi kalau minta pinjam motor. tapi kadang2 timbul juga rasa segan nak untuk pinjam.

KRING!!!!

alamak ust call. segannya nak jawab

"halo, ha nak kuar kul bape?"
"hajat dalam kul 11.40 macam tu"
"ha datang la ambik kat hep"
"ok ust, syukran"

masuk je hep desinasi pertama yang "terpaksa" disinggah ialah bersemuka dengan ust sya'bani.

semua perbincangan berkisar tentang gerak kerja smutem. ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan sebelum berakhirnya bulan7.

"mad, sini jap" ust shahrulkarnain pulak panggil. penolong pengarah bahagian disiplin.

"ada pe plak ni. aku ada buat salah ke" bisik hatiku. takut jugak ada pape yang tak kena.

"gini mad, kelab rakan muda sudah pun diluluskan untuk ditubuhkan di darul quran. jadi ana nak anta tubuhkan sekretariat. kalau boleh libatkan sekali diploma ye. tapi takyah la ramai sangat dalam 6orang ke cukup la.

cuma pengerusi ana nak dari yang ijazah. bolehkan? ana bagi masa seminggu untuk untuk lantik jawatan kuasa. minggu depann ana nak boleh?"

satu lagi tugas baru yang perlu dipikul

perbincangan diakhiri dengan anggukan dan ungkapan insyaallah. aku menerimanya dengan rela hati. walaupun kalau nak difikirkan macam tak logik dengan assigment yang masih banyak yang belum diselesaikan.

aku yakin dengan keputusan yang dibuat. sekurang-kurangnya ia merupakan suatu motivasi untuk aku uruskan masa dengan lebih terancang. insyaallah aku akan cuba buat yang terbaik atas segala taklifat yang diamanahkan.

"YA ALLAH, BANTULAH HAMBAMU INI DALAM MELAKSANAKAN AMANAH YANG ENGKAU BERIKAN INI. MUDAH-MUDAHAN SEMUANYA DAPAT BERJALAN DI ATAS SYARIATMU"

Read more...

ahlan ya asdiqoi

sekian lama menunggu denagn penuh persoalan dan debaran. akhirnya keluar juga keputusan rayuan untuk second intake bagi ijazah usim-dq.

namun hanya 4orang yang diterima untuk rayuan dan 6orang merupakan mahasiswa yang sudah pun berada di usim dan memohon untuk berpindah ke kampus dq yang terkandung berbagai keistimemaan.

ini menjadikan penambahan mahasiswa bagi ijazah usim-dq 36orang dari jumlah asal ialah 26orang bagi first generation. sahabat baru tergolong dari 4lelaki dan 6perempuan.

tetapi kedatangan sahabat2 menimbulkan berbagai rasa yang tak dapat ditafsirkan. sedih, gembira, kecewa, bersyukur, semuanya hanya allah sahaja yang tahu sebabnya. namun itu semua merupakan tanjizil hadis yang telah ditetapkan olehNYA.

aku sebagai leader perlu menerima dengan hati yang terbuka dan perlu menyusun stategi yang terperinci agar semuanya dapat dikawal sebaik mungkin.

apa-apa pun aku mengharapkan agar kita akan sama-sama menggembeleng tenaga untuk menjadikan generasi pertama ini dapat melakukan yang terbaik.

"intansurullaha yansurkum" 47:7

inilah ayat yang sering membakar semangatku untuk meneruskan perjuangan

Read more...

Boleh Rehat

>> 23 Julai 2009

Seperti yang dirancang, untuk meringankan bebanku sebagai wakil pelajar selama ini, perlantikan perwakilan perlu disegerakan.

Ye lah kalau sebelum ni selepas kelas sahabat2 semua boleh pulang ke hostel untuk berehat tapi aku sebaliknya. Ada je yang perlu dibuat.

Kalau tak ust azali, ust naim. Tak pun ustazah hayati. Semua yang terlibat menguruskan program ijazah akan memanggilku ke akademik. Nak tak nak sebagai mantan exco didik dalam perkemat batch 07/08, so aku la orang pertama yang dicari.

Tapi takpe la mungkin itu pengorbanan yang mampu aku sumbangkan untuk sahabat2. Tapi adakah tindakan aku itu betul?

“tidak, seorang profesional takkan membiarkan dirinya terkorban. perlu fikir suatu yang lebih baik bagi menyelesaikannya”
“ya, perubahan mesti dilakukan”

Malam jumaat, 23/7/09 merupakan hari yang dinantikan. Pelantikan exco2 menggunakan kuasa veto terpaksa dilakukan.

Bukan satu kezaliman, tetapi mungkin itu yang difikirkan yang terbaik. Komitmen yang tidak memuaskan jika dilantik secara demokrasi memaksa untuk aku putuskan demikin.

Namun suatu yang tak diduga. Segala yang diputuskan dapat diterima oleh sahabat2 dengan hati yang terbuka. Takde yang menunjukkan reaksi untuk menentang.

“terima kasih tuhan atas bantuan”


ya, itu yang lebih penting. pergantungan dengan allah jangan dipandang remeh. tiada tempat pergantungan yang paling kukuh melainkanNYA.

segala yang dirangcang sudah menjadi kenyataan. mudah2an selepas ini mungkin ada sedikit masa untuk aku berehat. berehat bukan bererti berehat yang hakiki. hanya berehat dari segi nama. perjungan perlu diteruskan.

bila sudah bergelar pejuang, mana mungkin untuk berjumpa dengan tanda noktah. tanda noktah sudah tak wujud lagi dalam kamus hidupku. hanya yang tahu segalanya.

organisasi sudah diwujudkan. mampukah kalian bergerak?

ya, aku optimis dengan dengan kalian. habis je pelantikan sudah ada yang bertanya tentang gerak kerja. suatu respon yang baik. nampak bersemangat. mudah2an semangat itu berkekalan. terima kasih NAEMAH atas komitmen yang diberikan.

sahabat seperjungan yang juga satu negeri denganku. taklifat yang diberikan sebagai timbalan exco sukan dan kebudayaan. mungkin itu lebih sinonim dengan dirinya. tahniah diucapkan.

apa2 pun segala sokongan, komitmen dan kerjasama daripada kalian amat diharapkan. terima juga kepada S/Usaha saudara muzil adli (mtqn pahang) yang banyak membantu.

"allah tidak menerima sesuatu amalan, melainkan dengan hati yang ikhlas" al-hadis

Read more...

BETUL KE...

>> 22 Julai 2009

sekian lama menunggu, akhirnya petang 11hb yang lepas aku ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda quran sunnah di usim. namun ini merupakan program bekembar usim-dq.

ijazah usim tapi belajar di DQ. tak kesah la yang penting sambung belajar. hajat memang nak ke jordan. tapi keputusan untuk ke jordan belum tentu lagi sama ada dapat sambung atau tak. kalau dapat pun ada ke duit nak kesana? so lebih baik sambung je dulu kat dalam.

lagipun yuran pendaftaran pun tak la mahal sangat seperti U lain. hanya RM365. lagipun itu hasrat ayah aku untuk aku sambung U dalam. dalam masa yang sama dia tak la kisah pun kalau aku nak ke oversea pun.

13hb pendaftaran berlaku seperti biasa bertempat di USIM. namun aku dapat lihat pelbagai ragam manusia. tak pernah ada pengalaman belajar di U yang culturenya begitu berbeza dengan dq. cara pemakaian memang benar2 berbeza.

seusai pendaftaran terus drive kereta wira kesayangan pulang ke DQ. sahabat2 lain naik bas DQ yang sememangnya sudah disediakan untuk membawa "anak kesayangan" pulang ke DQ. batch petama katakan. memang manja...

14 & 15 kelas ditangguhkan bagi memberi laluan kepada mahasiswa/wi untuk menyempurnakan medical cheak up, akaun bank dan apa yang patut.

hari pertama kelas BI. mungkin boleh dikatakan hari bersejarah buat diriku yang mana seperti yang ditetapkan keseluruhan pembelajaran dan komunikasi dalam kelas adalah in inglish and arabic. tapi bila difikir2 best gak. bila lagi nak beajar speaking and takallam kan. walaupun tak la fully faham.

bila dah nama ijazah ni, kaedah pembelajaran memang sangat berbeza. kalau dulu asyik makan suap je tapi sekarang dah kena belajar hidup sendiri. cari bahan sendiri dan sebagainya. mungkin takde lagi istilah soalan sport lepas ni.

kelas seterusnya berjalan sepert biasa. apa yang yang membuatkan diriku rasa sedikit kepenatan, setiap subjek, ada je lecturer bagi asigment untuk disiapkan. itu yang membuatkan masa yang ada perlu diisi dengan sebaiknya.

lagi memenatkan aku dilantik secara tak lansung untuk mewakili sahabat2. jadi segala urusan yang berkaitan dengan kelas atau sebagainya aku lah yag perlu uruskan dan akulah sasaran pentadbiran. panggilan masuk yang tertera number DQ tak henti2 singgah ke hp aku. ada je benda nak suruh aku buat. penatnya

JADI???????

"tak boleh jadi ni" sempat bermonolog...

nak tak nak kena cepatkan perlantikan perwakilan atau boleh ditakrifkan sebagai organisasi MPP. 18hb perjumpaan semua mahasiswa/wi ijazah diadakan bagi melantik MT bagi generasi pertama.

apa yang dah berlaku ni???
aku ditabalakn menjadi presiden
betul ke ni?
mimpi ke aku ni?

sama ada betul ke tak, mimpi ke tak, itulah hakikatnya. mampu ke aku. pengalaman yang ada sebelum ni memang belum cukup untuk aku pergelar presiden. nak tak nak first batch. aku yang akan mencorakkan perjalanan ijazah di bumi barakah ini bersama sahabat2 seperjuanagan.

apa2 pun diri ini memohon doa dan dorongan dari sahabat2 untuk diri ini lakukan yang terbaik atas taklifat yang diberikan. mohon maaf atas kesepian yang agak lama...

"tanpa anda siapalah diri ini"

~presiden usim-dq~

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP